Pertama kali dapat benih Vine Cypress, memang tak berapa yakin juga nak tanam. Benihnya yang halus dan saya sendiri pun tak pernah tanam pokok start dari biji benih. Maka, keyakinannya adalah 50-50. Tapi, atas semangat 'Belum cuba, belum tahu'. Maka saya pun tanamlah 5 biji benih yang saya beli dengan harga RM2 tu kat pasu.
Benih Vine Cypress
Gambar dari Google
Setelah tiga hari dah kelihatan bijinya bercambah menjadi pokok-pokok. Gembiranya bila pokok yang ditanam mula menunjukkan hasil. Rupanya macam gambar yang kat bawah ni. Pada masa ni, tak perlulah korang nak siram lebih-lebih pulak sebabnya pokoknya masih lembut dan senang mati sekiranya di siram air terlalu banyak. Cukuplah sekadar renjis-renjis manja camtu je. Janji jangan kering sangat.
Ihsan dari Google
Bila agak-agak dah besar sikit, bolehlah alihkannya ke pasu yang lebih besar untuk bagi pokok ini membiak. Rupanya ada macam bentuk bintang dan dia hidup menjalar. Rupanya senang sangat nak tanam pokok vine cypress. Cukup cahaya matahari, tanah yang subur. Sesekali letak lah baja sebagai nutrient untuk tanah. Berbunga lah dia. Bila kudup-kudup bunga tu kering, boleh pula ambik biji benih yang ada untuk disemai lagi.
Sekarang ada dua pasu. Tak tahu la lagi dua tiga bulan akan jadi berapa pasu pulak. Sesetengah orang tanam je kat tanah atau pagar . Nanti dia akan memanjat naik di pagar.
Ok lah, any comments or tips nak share, feel free to do so in the box below.
Selamat Berkebun U all..Bye..