Sunday, 30 August 2015

Bunga Rain Lily , Bunga Hiasan Renek yang Cantik

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya dah lama teringin nak tanam bunga Rain Lily atau dikenali juga sebagai bunga kucai atau bunga bawang putih. Akhirnya, dapat juga beberapa hari lepas setelah terjumpa dan terbeli di nurseri. Niatnya nak cari di rumah kawan-kawan je, boleh la dapat free ( uhuk..uhuk..). Tapi apakan daya, takde plak kawan yang berdekatan yang tanam pokok ni. Maka adalah harus Jida beli je la. Bunganya pun murah je, RM2 untuk satu polibeg paling kecil. OK lah tu kan. 


Gambar-gambar ihsan Mr Google

Rainlily ni sebenarnya merupakan keluarga Amaryllidaceae, iaitu sedara-mara yang sama dengan bunga bakung(bunga lili). Ketinggian pokok ini biasanya di bawah satu kaki dan mempunyai pelbagai warna yang menarik seperti putih, kuning dan pink. Ini yang biasa kita lihat di Malaysia lah, mungkin ada warna lain lagi di negara luar, saya pun tak tahu. 

Mengikut pembacaan di internet, nak bela bunga ni takdelah susah mana. Siram sekali sehari pun dah OK sebab spesis bunga tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi. Untuk memastikan dia berbunga, tanamlah ia ditempat yang ada cahaya. Dapat pencahayaan separuh pun boleh je. Janji ada cahaya. Medium yang digunakan pula biarlah medium yang tidak menakung air supaya 'bulbs'nya nanti tidak rosak atau busuk. Oh ya, biasanya rainlily di tanam menggunakan bulbs atau ubi. Bila rain lily dah mula membiak dengan banyak, bolehlah dikorek bunganya dan ditanam semula agar dia dapat membiak dengan lebih banyak.

Bunga ini cantik sekiranya ditanam secara bersekelompok dan berbaris di tepi pagar membentuk satu landskap yang menarik.Lagi-lagi kalau ditanam macam-macam kaler. Ohsem sangat kan?

Oleh kerana baru beberapa hari Jida memiliki bunga rainlily ini, dan bunganya pun belum keluar. Maka, tak dapatlah Jida nak upload gambar dulu.  Insha Allah, bila berbunga nanti Jida akan upload gambar-gambarnya.

Ok. Itu je nak cerita.

Tq sebab sudi baca. Byeee...