Percubaan menanam bunga ros batch pertama sudah musnah minggu lepas selepas sepokok ros warna peach dah arwah dek kerana makhluk perosak yang terlalu banyak menyerangnya.
Sebenarnya, sejarah menanam pokok bunga ros telah bermula sejak tiga tahun lepas bermula dengan pokok bunga peach yang telah tiada itulah..Dua pasu sebenarnya dibeli semasa Pesta Floria tahun itu. Satu pasu ros peach, lagi satu warna merah ang-ang. Tapi yang merah ang-ang tu umur tak panjang lah.Tak sampai setahun dah kering.Tidak dapat diselamatkan.Punca sebenar mungkin juga kurang ilmu bertanam pokok. Yang itu, terpaksa lah saya admit.
So, untuk yang kali ini. Saya mintak sedikit keratan batang ros daripada kak ipar saya yang tinggal di Kelantan. Memang geram melihatkan pokok bunganya, besar dan berbunga lebat. Memang syok tengok! Saya tanya apa rahsianya sampai berpuluh-puluh kudup bunga yang keluar dari satu pokok? Katanya, dia cuma tabur sesudu kecil 'rose food' selang 10 hari dan dia juga rajin trim ranting-ranting pokok ros supaya takdelah tumbuhnya meninggi.Biar rendah, baru cantik dan teknik itu juga menggalakkan pucuk-pucuk baru tumbuh lebih banyak.
Wow..gitu rupanya. Ok takpe, nanti kita praktikkan pada keratan ros yang di berikannya. Harap-harap menjadi lah nanti.