Sunday 15 November 2015

Bunga Loceng sebagai Penyeri Laman

Bunga loceng memang tidak asing lagi di kalangan orang Malaysia. Ini juga antara pokok yang sesuai ditanam di kawasan rumah dan senang dijaga.

Pokok bunga loceng sering dijadikan sebagai pagar kebun atau ditanam di sudut- sudut taman sebagai latar belakang pada lain pohon renek dan bunga-bungaan yang lebih rendah. Di sesetengah tempat ia dipanggil bunga corong kerana bentuknya kelihatan seperti corong.

Melalui kaedah kacukan, bunga loceng kini mempunyai pelbagai warna seperti kuning, merah jambu, merah dan lain-lain. Ia mempunyai lima kelopak yang panjang mencorong daripada tangkainya. Bunga ini amat menyerlah apabila disinari matahari. Batangnya berwarna keputihan, liat dan boleh ditanam melalui keratan batang.

Pokok loceng juga mempunyai khasiat seperti :-
1- Mengubati kudis, gatal-gatal dan kurap dengan cara lumatkan daunnya dan letakkan pada bahagian yang bermasalah.

2- Membunuh jentik-jentik. Caranya, ambil getah bunganya dan titiskan ke dalam tempat pembiakan jentik-jentik.

Tetapi, ada juga info yang mengatakan bahawa daun dan batangnya mempunyai getah yang beracun. Sekiranya ada anak-anak kecil yang bermain disekitarnya perlulah anda memberi perhatian terhadap mereka.

Saturday 14 November 2015

Vinca Bunga Yang Tahan Lasak

Vinca yang ada kat umah ni adalah berasal dari rumah mak kawan saya. Mintak anak pokoknya sikit untuk di tanam di rumah. Masa pergi rumah mak dia mintak bunga, memang subur sangat vinca-vinca yang mak dia tanam.  Jeles tau. Berwarna warni.


Setakat ini, ada tiga kaler je yang muncul, pink pekat, pink cair dan putih. Gambar atas ni pink pekat.


Yang gambar kedua ni pulak warna pink cair. Walaupun baru dua warna yang saya ada. Tapi saya tetap gembira sebab bunga vinca ni tak perlu terlalu cerewet seperti bunga-bunga lain.

Cara penjagaan saya. Siram sekali sehari.  Baja sebulan sekali. Kalau ada rumput yang tumbuh sekali di dalam pasu, rajin-rajinkanlah diri untuk cabut. Itu je. Pernah juga saya tak siram pun dia masih berbunga jugak. Paling lama seminggu tak bersiram sebab balik kampung. Alhamdulilah, elok lagi bunga. 

Bunga ini boleh ditanam di dalam pasu dan juga terus ke atas tanah. Ia boleh dibiakkan sama ada melalui biji benih atau anak pokok. Biasanya, bila saya nampak ada anak-anak pokok yang tumbuh di atas tanah. Saya akan ambil dan tanam dalam pasu. Nanti senang saya nak pindah- pindahkan.

Cahaya matahari yang cukup diperlukan untuk bunga ini. Kalau tempat yang korang letakkan tu tak de cahaya matahari langsung, payah lah sikit dia nak berbunga. Bunga vinca ni memerlukan sekurang-kurangnya panas pagi supaya dia dapat berbunga dengan subur.

Ok lah, itu sahaja nak kongsi petang ni. Selamat bertanam bunga semua.

Wednesday 11 November 2015

Panduan Untuk Halau Kucing atau Ayam Kacau Semaian

Zaman-zaman tanam ros jepun dalam polibeg besar dulu, ayam suka sangat jadikan polibeg tu sebagai sarang dia. Habis dicakar-cakarnya tanah sampai berselerak keratan ros jepun yang saya tanam. Sedih tau tak. Penat kita terbongkok-bongkok cucuk keratan, senang-senang je Cik Yam musnahkan.

Kejadian ini juga pernah berlaku pada bunga kekwa saya. Pokoknya saya tanam dalam pasu lebar. Tengok-tengok lepas balik kerja, pokoknya dah ke mana, tanahnya pula dah bersepah-sepah. Malah ada pula lalat-lalat yang berkerumun dekat pasu. Rupa-rupanya si bulus (kucing) yang tak bertuan dan jadikan pasu saya sebagai tempat melepaskan hajat. Perghhh..baunya menusuk betul.

Akhirnya, setiap kali saya semai pokok, benda ni lah yang saya letak kat sekeliling.

Pakai garfu je.Confirm si bulus dan cik yam tak berani usik taman larangan lagi. Sakit woo kalau tercucuk. Haha...

Ginilah rupanya bila dicucuk kat pasu. Bahagian yang tajam tu menghala ke atas. Alhamdulilah, setakat ini cara ni masih berjaya lagi.  Bagi anda yang ada masalah yang sama, boleh lah cuba cara ini.

Semoga Bermanfaat ye.


Monday 9 November 2015

Rain Lily ku Sudah Berbunga

Akhirnya, si cantik manis Rain Lily saya sudah berbunga. Saya tak pasti apa yang saya dah buat, baru dia nak berbunga. Saya rasa mungkin juga disebabkan saya dah alihkan pokok-pokok bunga saya ke tempat yang kena cahaya matahari pagi dan petang.  Tiba-tiba hari Jumaat yang lepas, ada dua kuntum sudah mekar setelah ditanam sejak bulan Jun. Lama tu.


Alhamdulilah. Dan bila dia mekar juga barulah saya tau yang Rain Lily yang saya ada adalah berwarna putih. Masa saya beli anak pokok dulu memang saya tak tau ape warnanya kerana penjual pokok tu pun tak pasti. Kena tunggu begini barulah dapat konfirmkan warnanya. Gembiranya hati dapat lihat bunga yang sendiri tanam kembang dan subur. 

Saya masih menunggu pasu-pasu lain pula keluar bunga. Mana tahu kalau-kalau keluar warna lain pula. Suprise..suprise...

Kata orang, kalau daunnya di trim lagi cepat bunga. Betul ke ? Siapa yang boleh jawab tu. Kena test sendiri la kalau nak tahu. Apa-apa pun, setakat entri ni ditulis, dah 4 kuntum yang kembang dengan jayanya. Alhamdulilah....

Friday 30 October 2015

Permulaan baru untuk Bunga Ros Mawarku.

Percubaan menanam bunga ros batch pertama sudah musnah minggu lepas selepas sepokok ros warna peach dah arwah dek kerana makhluk perosak yang terlalu banyak menyerangnya.

Sebenarnya, sejarah menanam pokok bunga ros telah bermula sejak tiga tahun lepas bermula dengan pokok bunga peach yang telah tiada itulah..Dua pasu sebenarnya dibeli semasa Pesta Floria tahun itu. Satu pasu ros peach, lagi satu warna merah ang-ang. Tapi yang merah ang-ang tu umur tak panjang lah.Tak sampai setahun dah kering.Tidak dapat diselamatkan.Punca sebenar mungkin juga kurang ilmu bertanam pokok. Yang itu, terpaksa lah saya admit.

So, untuk yang kali ini. Saya mintak sedikit keratan batang ros daripada kak ipar saya yang tinggal di Kelantan. Memang geram melihatkan pokok bunganya, besar dan berbunga lebat. Memang syok tengok! Saya tanya apa rahsianya sampai berpuluh-puluh kudup bunga yang keluar dari satu pokok? Katanya, dia cuma tabur sesudu kecil 'rose food' selang 10 hari dan dia juga rajin trim ranting-ranting pokok ros supaya takdelah tumbuhnya meninggi.Biar rendah, baru cantik dan teknik itu juga menggalakkan pucuk-pucuk baru tumbuh lebih banyak.

Wow..gitu rupanya. Ok takpe, nanti kita praktikkan pada keratan ros yang di berikannya. Harap-harap menjadi lah nanti. 


Friday 23 October 2015

Bunga Senang Hidup - Si Ruellia

Sorry to say, akak tak tau sebenarnya nama biasa bunga ni. Tapi kalau di google namanya adalah 'Ruellia' atau dikenali juga sebagai Mexican Petunia. Ok, seperti nama di atas, pokok ini sangatlah senang nak hidup. So, kalau rasa tak berapa rajin nak curahkan kasih sayang, bunga ni memang sesuai untuk ada.

Asalnya, akak cuma mintak keratan bunga ni dari seorang kawan, cucuk-cucuk kat tanah..lama-lama makin tinggi pulak. Adalah dalam satu meter. Dah makin membiak, akak semai kat tempat lain pulak. Nak jaga dia bukan susah. Tak siram beberapa hari pun OK lagi. Janji janganlah kering sangat. Kesian dia nanti..

Lokasi yang akak tanam si Ruellia ni tempatnya hanya kena matahari pagi. Tapi. alhamdulilah dia dapat hidup dengan bergaya sekali. Good girl..Rasanya bunga kena matahari penuh atau separuh. Dua-dua pun ok. Sebab tengok yang tanam belakang rumah tu pun dah mencanak-canak naik.Alhamdulilah.

Setakat yang akak tau bunga ni cuma ada 3 warna iaitu purple, pink dan putih. Tapi setakat ni akak cuma ada warna purple. InshaAllah, akak sedang mengendeng bunga ruellia pink kakak akak.Doakan akak berjaya menge'pau' bunga beliau ye...Hehe..Cuma sekarang ni mencari si putih belum dapat.Huhu...


Bunga ni kakak akak baru tanam. Belum boleh dibahagi lagi. Takpe lah, tunggu jelah besar sikit, akan ku sunting bunga dilaman. Cewah, berpuitis pulak.

Ok lah, itu je nak bercerita tentang si Ruellia. Selamat berkebun semua. Babai...

Tuesday 20 October 2015

Cuba tanam bunga Cosmos pulak

Semalam dah dapat benih bunga Cosmos yang dibeli secara online sabtu lepas.  Satu peket RM5 je. Ada dalam 30-35 biji seeds dalam satu peket.


Balik je kerja petang semalam(20.10.2015) terus semai satu peket dulu. 35 biji tu saya tanam dalam tiga biji pasu. Saya main tabur je dalam pasu, lepas tu tabur nipis-nipis selapis tanah hitam kat atas benih.

Tengok sajalah bunga kat atas ni.Cantek sangat kan. Malangnya ini bunga bukan akak yang punya. Huhuu..Bunga yang kat atas ni akak cilok dari Mr Google je..

InshaAllah, akak harap bunga akak akan lagi cantik dari bunga yang kat atas ni dan korang2 sila lah jeles dengan akak in advance. Haha..Verangan je..

Ok, itu je setakat ni. Selamat berbudi pada tanah ye gais semua. Akak nak pi makan nasi dulu. Perut pun dah berbunyi- bunyi irama nusantara dah ni.

Adios everyone.

*** Lagi perkembangan saya akan update kat sini sedikit demi sedikit.