Assalamualaikum semua
Tak sabar saya nak tunggu semua bunga-bunga saya berbunga dengan meriah. Hari-hari belai bunga..Harap-harap semuanya sihat walafiat. Tapi, semalam hujan lebat. Hujan pulak kat tempat kerja. Kalau aku ada kat rumah bolehlah alih kat tempat teduh. Tak delah rosak batangnya. Tak pe lah. Hujan itu kan rahmat. Alhamdulilah.
Wahai Bunga,
Rajin-rajinlah berbunga ye.
Aku ni suka sangat tengok korang berbunga.
Berseri-seri gitu..
malah, sejuk mata memandang...
Wahai bunga,
Terima Kasih kerana berkembang untukku..
Ia ibarat kau senyum padaku...
Nanti aku balas balik kat kau ye..
Wahai bunga,
Inilah puisi khas buatmu..
Walaupun tuanmu ini tak pandai pun berpuisi..
Silakanlah korang layankan aje.
Hahahahak...
Selamat Petang semua. Lainkali aku nak buat pantun 12 kerat pulak ye..Nantikan..
Bye....
Saturday, 31 January 2015
Friday, 23 January 2015
Impian Aku : Tanam bunga banyak-banyak
Tolong Tepi Sikit, Bunga-bunga saya nak lalu. Pin...pin...
Sabtu-Ahad minggu ni masa banyak dihabiskan dengan belek-belek bunga ros jepun je.Tak de keje lain. Heheh...nak wat camne..Tengah gila nak bercucuk tanam. Kadang-kadang kat tempat kerja pun boleh teringat dengan bunga-bunga kat rumah. Dah kena angau dengan bunga kot agaknya. Sebelum ni mana ada nak ambik tahu pasal bunga. Tiba-tiba jadi minah bunga pulak. Cik abang pun dah pelik semacam dengan bininya...Layankan je lah bang oii...ehehe...
Kalau ada yang dah lecuh, cepat-cepat ambik gunting, potong bahagian yang rosak takut merosakkan bahagian pokok yang masih elok.Sesekali letak jugak la baja kopi di dalam pasu.Tabur 7-8 biji je.Kata orang, pokok akan lebih lebat berbunga dan subur. Nak tengok kesannya kena la tunggu sebulan lagi. Yelah, baru 2 minggu semai. Takkan nak terus dapat yang berbunga-bunga rimbun dan cantik berkembang. Kenalah sabar sikit untuk dapatkan hasilnya ye tak? Selain itu, kalau teringat, air cucian beras tu aku simpan untuk disiram pada pokok. Ini pun tips yang aku dapat daripada salah satu group Facebook yang aku join. Banyak otai-otai bunga dalam tu. Macam-macam tips jugalah boleh belajar daripada mereka. Yelah, aku kan beginner, kenalah gali ilmu gardening ni daripada master-master bunga semalaysia. Sedikit-sedikit dapatlah aku kongsi-kongsi kat blog ni.Insya Allah.
Ada yang aku beli kat nurseri haritu pun dah berpindah ke dalam pasu. Pokok tu memang gemuk-gemuk batangnya, cuma belum lagi nak berbunga sangat. Tapi cantik warnanya, pink terang. Bila dah subur yang ni, aku ingat nak tambah koleksi lagi..Biar penuh sekeliling rumah ni. Hehe...Best kan? Lagi-lagi kalau dia subur dan asyik berbunga tak berhenti-henti. Imagine that! Wallah...
Sekarang baru kumpul ros jepun sikit-sikit. Nanti-nanti nak kumpul bunga lain lak.Nak yang berbunga dan wangi. Bagi harum semerbak satu rumah. Tak payah pewangi-pewangi dah. Mesti best. Banyak impian aku ni. Hehehe.. Tak salah kan berimpian, tak kena bayar pun. Larikkkk...
Notes untuk diri sendiri, jangan asyik sangat layan bunga. Anak-anak ngan laki nak makan nasi tuh. Byeee u all.
Sabtu-Ahad minggu ni masa banyak dihabiskan dengan belek-belek bunga ros jepun je.Tak de keje lain. Heheh...nak wat camne..Tengah gila nak bercucuk tanam. Kadang-kadang kat tempat kerja pun boleh teringat dengan bunga-bunga kat rumah. Dah kena angau dengan bunga kot agaknya. Sebelum ni mana ada nak ambik tahu pasal bunga. Tiba-tiba jadi minah bunga pulak. Cik abang pun dah pelik semacam dengan bininya...Layankan je lah bang oii...ehehe...
Putih suci...damai je tengok |
pinky gitu.. cantikkan? |
ni rupa pokok baru semai |
Ada yang aku beli kat nurseri haritu pun dah berpindah ke dalam pasu. Pokok tu memang gemuk-gemuk batangnya, cuma belum lagi nak berbunga sangat. Tapi cantik warnanya, pink terang. Bila dah subur yang ni, aku ingat nak tambah koleksi lagi..Biar penuh sekeliling rumah ni. Hehe...Best kan? Lagi-lagi kalau dia subur dan asyik berbunga tak berhenti-henti. Imagine that! Wallah...
Sekarang baru kumpul ros jepun sikit-sikit. Nanti-nanti nak kumpul bunga lain lak.Nak yang berbunga dan wangi. Bagi harum semerbak satu rumah. Tak payah pewangi-pewangi dah. Mesti best. Banyak impian aku ni. Hehehe.. Tak salah kan berimpian, tak kena bayar pun. Larikkkk...
Notes untuk diri sendiri, jangan asyik sangat layan bunga. Anak-anak ngan laki nak makan nasi tuh. Byeee u all.
Labels:
bunga rose jepun
Tuesday, 20 January 2015
Tanam bunga daripada biji benih
Bismillah..
Selamat petang semua pencinta bunga..
Minggu lepas aku ada beli biji benih dari seorang peniaga online.. Aku sediakan bekas kecil je untuk semai benih tu sebab aku fikir nanti pindahkan bila dia dah besar.
Aku beli 5 jenis bunga ..Antaranya
1- Hollyhock Single Mixed
2- Hollyhock Double Mixed
3- Cypress Vine Pink
4- Portulaca Hybrid Mixed
5- Thunbergia Alata Mixed
Yang nombor empat tu sebenarnya benih ros jepun ataupun lebih dikenali dengan nama pokok pukul sepuluh...Tapi belum semua pun lagi sempat aku tanam. Lagipun tanah yang aku beli dekat nurseri tak cukup. Terpaksa tanam dua jenis dulu.excited...
Selang 2 hari, salah satu daripada benih tu dah keluar daunnya.Memang happy sangat rasa, Sebab first time tanam guna benih la katakan...Excited la jugak nak tengok perkembangannya. Harap-harap hiduplah wahai bunga ku...Dapatlah menjadi penyeri di laman yang sekangkang kucing tu..Hehe... Nanti bila dah naik sikit lagi, aku akan up entri baru .Tunggukan ya! Excited..

Benih Bunga
Friday, 9 January 2015
First Entry untuk Blog bungaku
Bismillahirrahmannirrahim..
Syukur..aku dah ada blog untuk hobi tanam bunga ni..
Alhmdullilah.
Tunggukan posting seterusnya
Subscribe to:
Posts (Atom)