Assalamualaikum semua
Tak sabar saya nak tunggu semua bunga-bunga saya berbunga dengan meriah. Hari-hari belai bunga..Harap-harap semuanya sihat walafiat. Tapi, semalam hujan lebat. Hujan pulak kat tempat kerja. Kalau aku ada kat rumah bolehlah alih kat tempat teduh. Tak delah rosak batangnya. Tak pe lah. Hujan itu kan rahmat. Alhamdulilah.
Wahai Bunga,
Rajin-rajinlah berbunga ye.
Aku ni suka sangat tengok korang berbunga.
Berseri-seri gitu..
malah, sejuk mata memandang...
Wahai bunga,
Terima Kasih kerana berkembang untukku..
Ia ibarat kau senyum padaku...
Nanti aku balas balik kat kau ye..
Wahai bunga,
Inilah puisi khas buatmu..
Walaupun tuanmu ini tak pandai pun berpuisi..
Silakanlah korang layankan aje.
Hahahahak...
Selamat Petang semua. Lainkali aku nak buat pantun 12 kerat pulak ye..Nantikan..
Bye....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment