Bunga loceng memang tidak asing lagi di kalangan orang Malaysia. Ini juga antara pokok yang sesuai ditanam di kawasan rumah dan senang dijaga.
Pokok bunga loceng sering dijadikan sebagai pagar kebun atau ditanam di sudut- sudut taman sebagai latar belakang pada lain pohon renek dan bunga-bungaan yang lebih rendah. Di sesetengah tempat ia dipanggil bunga corong kerana bentuknya kelihatan seperti corong.
Melalui kaedah kacukan, bunga loceng kini mempunyai pelbagai warna seperti kuning, merah jambu, merah dan lain-lain. Ia mempunyai lima kelopak yang panjang mencorong daripada tangkainya. Bunga ini amat menyerlah apabila disinari matahari. Batangnya berwarna keputihan, liat dan boleh ditanam melalui keratan batang.
Pokok loceng juga mempunyai khasiat seperti :-
1- Mengubati kudis, gatal-gatal dan kurap dengan cara lumatkan daunnya dan letakkan pada bahagian yang bermasalah.
2- Membunuh jentik-jentik. Caranya, ambil getah bunganya dan titiskan ke dalam tempat pembiakan jentik-jentik.
Tetapi, ada juga info yang mengatakan bahawa daun dan batangnya mempunyai getah yang beracun. Sekiranya ada anak-anak kecil yang bermain disekitarnya perlulah anda memberi perhatian terhadap mereka.
Sunday, 15 November 2015
Saturday, 14 November 2015
Vinca Bunga Yang Tahan Lasak
Vinca yang ada kat umah ni adalah berasal dari rumah mak kawan saya. Mintak anak pokoknya sikit untuk di tanam di rumah. Masa pergi rumah mak dia mintak bunga, memang subur sangat vinca-vinca yang mak dia tanam. Jeles tau. Berwarna warni.
Setakat ini, ada tiga kaler je yang muncul, pink pekat, pink cair dan putih. Gambar atas ni pink pekat.
Yang gambar kedua ni pulak warna pink cair. Walaupun baru dua warna yang saya ada. Tapi saya tetap gembira sebab bunga vinca ni tak perlu terlalu cerewet seperti bunga-bunga lain.
Cara penjagaan saya. Siram sekali sehari. Baja sebulan sekali. Kalau ada rumput yang tumbuh sekali di dalam pasu, rajin-rajinkanlah diri untuk cabut. Itu je. Pernah juga saya tak siram pun dia masih berbunga jugak. Paling lama seminggu tak bersiram sebab balik kampung. Alhamdulilah, elok lagi bunga.
Bunga ini boleh ditanam di dalam pasu dan juga terus ke atas tanah. Ia boleh dibiakkan sama ada melalui biji benih atau anak pokok. Biasanya, bila saya nampak ada anak-anak pokok yang tumbuh di atas tanah. Saya akan ambil dan tanam dalam pasu. Nanti senang saya nak pindah- pindahkan.
Cahaya matahari yang cukup diperlukan untuk bunga ini. Kalau tempat yang korang letakkan tu tak de cahaya matahari langsung, payah lah sikit dia nak berbunga. Bunga vinca ni memerlukan sekurang-kurangnya panas pagi supaya dia dapat berbunga dengan subur.
Ok lah, itu sahaja nak kongsi petang ni. Selamat bertanam bunga semua.
Wednesday, 11 November 2015
Panduan Untuk Halau Kucing atau Ayam Kacau Semaian
Zaman-zaman tanam ros jepun dalam polibeg besar dulu, ayam suka sangat jadikan polibeg tu sebagai sarang dia. Habis dicakar-cakarnya tanah sampai berselerak keratan ros jepun yang saya tanam. Sedih tau tak. Penat kita terbongkok-bongkok cucuk keratan, senang-senang je Cik Yam musnahkan.
Kejadian ini juga pernah berlaku pada bunga kekwa saya. Pokoknya saya tanam dalam pasu lebar. Tengok-tengok lepas balik kerja, pokoknya dah ke mana, tanahnya pula dah bersepah-sepah. Malah ada pula lalat-lalat yang berkerumun dekat pasu. Rupa-rupanya si bulus (kucing) yang tak bertuan dan jadikan pasu saya sebagai tempat melepaskan hajat. Perghhh..baunya menusuk betul.
Akhirnya, setiap kali saya semai pokok, benda ni lah yang saya letak kat sekeliling.
Ginilah rupanya bila dicucuk kat pasu. Bahagian yang tajam tu menghala ke atas. Alhamdulilah, setakat ini cara ni masih berjaya lagi. Bagi anda yang ada masalah yang sama, boleh lah cuba cara ini.
Pakai garfu je.Confirm si bulus dan cik yam tak berani usik taman larangan lagi. Sakit woo kalau tercucuk. Haha...
Semoga Bermanfaat ye.
Monday, 9 November 2015
Rain Lily ku Sudah Berbunga
Akhirnya, si cantik manis Rain Lily saya sudah berbunga. Saya tak pasti apa yang saya dah buat, baru dia nak berbunga. Saya rasa mungkin juga disebabkan saya dah alihkan pokok-pokok bunga saya ke tempat yang kena cahaya matahari pagi dan petang. Tiba-tiba hari Jumaat yang lepas, ada dua kuntum sudah mekar setelah ditanam sejak bulan Jun. Lama tu.
Alhamdulilah. Dan bila dia mekar juga barulah saya tau yang Rain Lily yang saya ada adalah berwarna putih. Masa saya beli anak pokok dulu memang saya tak tau ape warnanya kerana penjual pokok tu pun tak pasti. Kena tunggu begini barulah dapat konfirmkan warnanya. Gembiranya hati dapat lihat bunga yang sendiri tanam kembang dan subur.
Saya masih menunggu pasu-pasu lain pula keluar bunga. Mana tahu kalau-kalau keluar warna lain pula. Suprise..suprise...
Kata orang, kalau daunnya di trim lagi cepat bunga. Betul ke ? Siapa yang boleh jawab tu. Kena test sendiri la kalau nak tahu. Apa-apa pun, setakat entri ni ditulis, dah 4 kuntum yang kembang dengan jayanya. Alhamdulilah....
Subscribe to:
Posts (Atom)