Bunga loceng memang tidak asing lagi di kalangan orang Malaysia. Ini juga antara pokok yang sesuai ditanam di kawasan rumah dan senang dijaga.
Pokok bunga loceng sering dijadikan sebagai pagar kebun atau ditanam di sudut- sudut taman sebagai latar belakang pada lain pohon renek dan bunga-bungaan yang lebih rendah. Di sesetengah tempat ia dipanggil bunga corong kerana bentuknya kelihatan seperti corong.
Melalui kaedah kacukan, bunga loceng kini mempunyai pelbagai warna seperti kuning, merah jambu, merah dan lain-lain. Ia mempunyai lima kelopak yang panjang mencorong daripada tangkainya. Bunga ini amat menyerlah apabila disinari matahari. Batangnya berwarna keputihan, liat dan boleh ditanam melalui keratan batang.
Pokok loceng juga mempunyai khasiat seperti :-
1- Mengubati kudis, gatal-gatal dan kurap dengan cara lumatkan daunnya dan letakkan pada bahagian yang bermasalah.
2- Membunuh jentik-jentik. Caranya, ambil getah bunganya dan titiskan ke dalam tempat pembiakan jentik-jentik.
Tetapi, ada juga info yang mengatakan bahawa daun dan batangnya mempunyai getah yang beracun. Sekiranya ada anak-anak kecil yang bermain disekitarnya perlulah anda memberi perhatian terhadap mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment