Setakat ini, ada tiga kaler je yang muncul, pink pekat, pink cair dan putih. Gambar atas ni pink pekat.
Yang gambar kedua ni pulak warna pink cair. Walaupun baru dua warna yang saya ada. Tapi saya tetap gembira sebab bunga vinca ni tak perlu terlalu cerewet seperti bunga-bunga lain.
Cara penjagaan saya. Siram sekali sehari. Baja sebulan sekali. Kalau ada rumput yang tumbuh sekali di dalam pasu, rajin-rajinkanlah diri untuk cabut. Itu je. Pernah juga saya tak siram pun dia masih berbunga jugak. Paling lama seminggu tak bersiram sebab balik kampung. Alhamdulilah, elok lagi bunga.
Bunga ini boleh ditanam di dalam pasu dan juga terus ke atas tanah. Ia boleh dibiakkan sama ada melalui biji benih atau anak pokok. Biasanya, bila saya nampak ada anak-anak pokok yang tumbuh di atas tanah. Saya akan ambil dan tanam dalam pasu. Nanti senang saya nak pindah- pindahkan.
Cahaya matahari yang cukup diperlukan untuk bunga ini. Kalau tempat yang korang letakkan tu tak de cahaya matahari langsung, payah lah sikit dia nak berbunga. Bunga vinca ni memerlukan sekurang-kurangnya panas pagi supaya dia dapat berbunga dengan subur.
Ok lah, itu sahaja nak kongsi petang ni. Selamat bertanam bunga semua.
memang vinca ni terutamnya yang kampung sangat tahan lasak..tak rugi menanamnya..
ReplyDeletebetul tu kak..bunga camni memang serasi dengan saya yang tak berapa rajin ni..hehe
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete