Alhamdulilah. Dan bila dia mekar juga barulah saya tau yang Rain Lily yang saya ada adalah berwarna putih. Masa saya beli anak pokok dulu memang saya tak tau ape warnanya kerana penjual pokok tu pun tak pasti. Kena tunggu begini barulah dapat konfirmkan warnanya. Gembiranya hati dapat lihat bunga yang sendiri tanam kembang dan subur.
Saya masih menunggu pasu-pasu lain pula keluar bunga. Mana tahu kalau-kalau keluar warna lain pula. Suprise..suprise...
Kata orang, kalau daunnya di trim lagi cepat bunga. Betul ke ? Siapa yang boleh jawab tu. Kena test sendiri la kalau nak tahu. Apa-apa pun, setakat entri ni ditulis, dah 4 kuntum yang kembang dengan jayanya. Alhamdulilah....
kak ada color pink je setakat ni. Dah berkurun tanam, susah nak mati sebab dia ada bawang. Warna kuning belum berbunga lagi. Bunga Zie ni jenis besar ya...cantik.
ReplyDeletepink pun cantik jugak kak. bunga jenis ni ada berapa sebenarnya kak..dalam internet saya tgok warna peach pun ada..kena cari jugak ni nampaknya kak.
Delete