Bunga loceng memang tidak asing lagi di kalangan orang Malaysia. Ini juga antara pokok yang sesuai ditanam di kawasan rumah dan senang dijaga.
Pokok bunga loceng sering dijadikan sebagai pagar kebun atau ditanam di sudut- sudut taman sebagai latar belakang pada lain pohon renek dan bunga-bungaan yang lebih rendah. Di sesetengah tempat ia dipanggil bunga corong kerana bentuknya kelihatan seperti corong.
Melalui kaedah kacukan, bunga loceng kini mempunyai pelbagai warna seperti kuning, merah jambu, merah dan lain-lain. Ia mempunyai lima kelopak yang panjang mencorong daripada tangkainya. Bunga ini amat menyerlah apabila disinari matahari. Batangnya berwarna keputihan, liat dan boleh ditanam melalui keratan batang.
Pokok loceng juga mempunyai khasiat seperti :-
1- Mengubati kudis, gatal-gatal dan kurap dengan cara lumatkan daunnya dan letakkan pada bahagian yang bermasalah.
2- Membunuh jentik-jentik. Caranya, ambil getah bunganya dan titiskan ke dalam tempat pembiakan jentik-jentik.
Tetapi, ada juga info yang mengatakan bahawa daun dan batangnya mempunyai getah yang beracun. Sekiranya ada anak-anak kecil yang bermain disekitarnya perlulah anda memberi perhatian terhadap mereka.
Sunday, 15 November 2015
Saturday, 14 November 2015
Vinca Bunga Yang Tahan Lasak
Vinca yang ada kat umah ni adalah berasal dari rumah mak kawan saya. Mintak anak pokoknya sikit untuk di tanam di rumah. Masa pergi rumah mak dia mintak bunga, memang subur sangat vinca-vinca yang mak dia tanam. Jeles tau. Berwarna warni.
Setakat ini, ada tiga kaler je yang muncul, pink pekat, pink cair dan putih. Gambar atas ni pink pekat.
Yang gambar kedua ni pulak warna pink cair. Walaupun baru dua warna yang saya ada. Tapi saya tetap gembira sebab bunga vinca ni tak perlu terlalu cerewet seperti bunga-bunga lain.
Cara penjagaan saya. Siram sekali sehari. Baja sebulan sekali. Kalau ada rumput yang tumbuh sekali di dalam pasu, rajin-rajinkanlah diri untuk cabut. Itu je. Pernah juga saya tak siram pun dia masih berbunga jugak. Paling lama seminggu tak bersiram sebab balik kampung. Alhamdulilah, elok lagi bunga.
Bunga ini boleh ditanam di dalam pasu dan juga terus ke atas tanah. Ia boleh dibiakkan sama ada melalui biji benih atau anak pokok. Biasanya, bila saya nampak ada anak-anak pokok yang tumbuh di atas tanah. Saya akan ambil dan tanam dalam pasu. Nanti senang saya nak pindah- pindahkan.
Cahaya matahari yang cukup diperlukan untuk bunga ini. Kalau tempat yang korang letakkan tu tak de cahaya matahari langsung, payah lah sikit dia nak berbunga. Bunga vinca ni memerlukan sekurang-kurangnya panas pagi supaya dia dapat berbunga dengan subur.
Ok lah, itu sahaja nak kongsi petang ni. Selamat bertanam bunga semua.
Wednesday, 11 November 2015
Panduan Untuk Halau Kucing atau Ayam Kacau Semaian
Zaman-zaman tanam ros jepun dalam polibeg besar dulu, ayam suka sangat jadikan polibeg tu sebagai sarang dia. Habis dicakar-cakarnya tanah sampai berselerak keratan ros jepun yang saya tanam. Sedih tau tak. Penat kita terbongkok-bongkok cucuk keratan, senang-senang je Cik Yam musnahkan.
Kejadian ini juga pernah berlaku pada bunga kekwa saya. Pokoknya saya tanam dalam pasu lebar. Tengok-tengok lepas balik kerja, pokoknya dah ke mana, tanahnya pula dah bersepah-sepah. Malah ada pula lalat-lalat yang berkerumun dekat pasu. Rupa-rupanya si bulus (kucing) yang tak bertuan dan jadikan pasu saya sebagai tempat melepaskan hajat. Perghhh..baunya menusuk betul.
Akhirnya, setiap kali saya semai pokok, benda ni lah yang saya letak kat sekeliling.
Ginilah rupanya bila dicucuk kat pasu. Bahagian yang tajam tu menghala ke atas. Alhamdulilah, setakat ini cara ni masih berjaya lagi. Bagi anda yang ada masalah yang sama, boleh lah cuba cara ini.
Pakai garfu je.Confirm si bulus dan cik yam tak berani usik taman larangan lagi. Sakit woo kalau tercucuk. Haha...
Semoga Bermanfaat ye.
Monday, 9 November 2015
Rain Lily ku Sudah Berbunga
Akhirnya, si cantik manis Rain Lily saya sudah berbunga. Saya tak pasti apa yang saya dah buat, baru dia nak berbunga. Saya rasa mungkin juga disebabkan saya dah alihkan pokok-pokok bunga saya ke tempat yang kena cahaya matahari pagi dan petang. Tiba-tiba hari Jumaat yang lepas, ada dua kuntum sudah mekar setelah ditanam sejak bulan Jun. Lama tu.
Alhamdulilah. Dan bila dia mekar juga barulah saya tau yang Rain Lily yang saya ada adalah berwarna putih. Masa saya beli anak pokok dulu memang saya tak tau ape warnanya kerana penjual pokok tu pun tak pasti. Kena tunggu begini barulah dapat konfirmkan warnanya. Gembiranya hati dapat lihat bunga yang sendiri tanam kembang dan subur.
Saya masih menunggu pasu-pasu lain pula keluar bunga. Mana tahu kalau-kalau keluar warna lain pula. Suprise..suprise...
Kata orang, kalau daunnya di trim lagi cepat bunga. Betul ke ? Siapa yang boleh jawab tu. Kena test sendiri la kalau nak tahu. Apa-apa pun, setakat entri ni ditulis, dah 4 kuntum yang kembang dengan jayanya. Alhamdulilah....
Friday, 30 October 2015
Permulaan baru untuk Bunga Ros Mawarku.
Percubaan menanam bunga ros batch pertama sudah musnah minggu lepas selepas sepokok ros warna peach dah arwah dek kerana makhluk perosak yang terlalu banyak menyerangnya.
Sebenarnya, sejarah menanam pokok bunga ros telah bermula sejak tiga tahun lepas bermula dengan pokok bunga peach yang telah tiada itulah..Dua pasu sebenarnya dibeli semasa Pesta Floria tahun itu. Satu pasu ros peach, lagi satu warna merah ang-ang. Tapi yang merah ang-ang tu umur tak panjang lah.Tak sampai setahun dah kering.Tidak dapat diselamatkan.Punca sebenar mungkin juga kurang ilmu bertanam pokok. Yang itu, terpaksa lah saya admit.
So, untuk yang kali ini. Saya mintak sedikit keratan batang ros daripada kak ipar saya yang tinggal di Kelantan. Memang geram melihatkan pokok bunganya, besar dan berbunga lebat. Memang syok tengok! Saya tanya apa rahsianya sampai berpuluh-puluh kudup bunga yang keluar dari satu pokok? Katanya, dia cuma tabur sesudu kecil 'rose food' selang 10 hari dan dia juga rajin trim ranting-ranting pokok ros supaya takdelah tumbuhnya meninggi.Biar rendah, baru cantik dan teknik itu juga menggalakkan pucuk-pucuk baru tumbuh lebih banyak.
Wow..gitu rupanya. Ok takpe, nanti kita praktikkan pada keratan ros yang di berikannya. Harap-harap menjadi lah nanti.
Friday, 23 October 2015
Bunga Senang Hidup - Si Ruellia
Sorry to say, akak tak tau sebenarnya nama biasa bunga ni. Tapi kalau di google namanya adalah 'Ruellia' atau dikenali juga sebagai Mexican Petunia. Ok, seperti nama di atas, pokok ini sangatlah senang nak hidup. So, kalau rasa tak berapa rajin nak curahkan kasih sayang, bunga ni memang sesuai untuk ada.
Asalnya, akak cuma mintak keratan bunga ni dari seorang kawan, cucuk-cucuk kat tanah..lama-lama makin tinggi pulak. Adalah dalam satu meter. Dah makin membiak, akak semai kat tempat lain pulak. Nak jaga dia bukan susah. Tak siram beberapa hari pun OK lagi. Janji janganlah kering sangat. Kesian dia nanti..
Lokasi yang akak tanam si Ruellia ni tempatnya hanya kena matahari pagi. Tapi. alhamdulilah dia dapat hidup dengan bergaya sekali. Good girl..Rasanya bunga kena matahari penuh atau separuh. Dua-dua pun ok. Sebab tengok yang tanam belakang rumah tu pun dah mencanak-canak naik.Alhamdulilah.
Setakat yang akak tau bunga ni cuma ada 3 warna iaitu purple, pink dan putih. Tapi setakat ni akak cuma ada warna purple. InshaAllah, akak sedang mengendeng bunga ruellia pink kakak akak.Doakan akak berjaya menge'pau' bunga beliau ye...Hehe..Cuma sekarang ni mencari si putih belum dapat.Huhu...
Bunga ni kakak akak baru tanam. Belum boleh dibahagi lagi. Takpe lah, tunggu jelah besar sikit, akan ku sunting bunga dilaman. Cewah, berpuitis pulak.
Ok lah, itu je nak bercerita tentang si Ruellia. Selamat berkebun semua. Babai...

Tuesday, 20 October 2015
Cuba tanam bunga Cosmos pulak
Semalam dah dapat benih bunga Cosmos yang dibeli secara online sabtu lepas. Satu peket RM5 je. Ada dalam 30-35 biji seeds dalam satu peket.
Balik je kerja petang semalam(20.10.2015) terus semai satu peket dulu. 35 biji tu saya tanam dalam tiga biji pasu. Saya main tabur je dalam pasu, lepas tu tabur nipis-nipis selapis tanah hitam kat atas benih.
Tengok sajalah bunga kat atas ni.Cantek sangat kan. Malangnya ini bunga bukan akak yang punya. Huhuu..Bunga yang kat atas ni akak cilok dari Mr Google je..
InshaAllah, akak harap bunga akak akan lagi cantik dari bunga yang kat atas ni dan korang2 sila lah jeles dengan akak in advance. Haha..Verangan je..
Ok, itu je setakat ni. Selamat berbudi pada tanah ye gais semua. Akak nak pi makan nasi dulu. Perut pun dah berbunyi- bunyi irama nusantara dah ni.
Adios everyone.
*** Lagi perkembangan saya akan update kat sini sedikit demi sedikit.

Labels:
Benih Bunga,
Cosmos
Sunday, 30 August 2015
Bunga Rain Lily , Bunga Hiasan Renek yang Cantik
Assalamualaikum w.b.t
Sebenarnya dah lama teringin nak tanam bunga Rain Lily atau dikenali juga sebagai bunga kucai atau bunga bawang putih. Akhirnya, dapat juga beberapa hari lepas setelah terjumpa dan terbeli di nurseri. Niatnya nak cari di rumah kawan-kawan je, boleh la dapat free ( uhuk..uhuk..). Tapi apakan daya, takde plak kawan yang berdekatan yang tanam pokok ni. Maka adalah harus Jida beli je la. Bunganya pun murah je, RM2 untuk satu polibeg paling kecil. OK lah tu kan.
Gambar-gambar ihsan Mr Google
Rainlily ni sebenarnya merupakan keluarga Amaryllidaceae, iaitu sedara-mara yang sama dengan bunga bakung(bunga lili). Ketinggian pokok ini biasanya di bawah satu kaki dan mempunyai pelbagai warna yang menarik seperti putih, kuning dan pink. Ini yang biasa kita lihat di Malaysia lah, mungkin ada warna lain lagi di negara luar, saya pun tak tahu.
Mengikut pembacaan di internet, nak bela bunga ni takdelah susah mana. Siram sekali sehari pun dah OK sebab spesis bunga tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi. Untuk memastikan dia berbunga, tanamlah ia ditempat yang ada cahaya. Dapat pencahayaan separuh pun boleh je. Janji ada cahaya. Medium yang digunakan pula biarlah medium yang tidak menakung air supaya 'bulbs'nya nanti tidak rosak atau busuk. Oh ya, biasanya rainlily di tanam menggunakan bulbs atau ubi. Bila rain lily dah mula membiak dengan banyak, bolehlah dikorek bunganya dan ditanam semula agar dia dapat membiak dengan lebih banyak.
Bunga ini cantik sekiranya ditanam secara bersekelompok dan berbaris di tepi pagar membentuk satu landskap yang menarik.Lagi-lagi kalau ditanam macam-macam kaler. Ohsem sangat kan?
Oleh kerana baru beberapa hari Jida memiliki bunga rainlily ini, dan bunganya pun belum keluar. Maka, tak dapatlah Jida nak upload gambar dulu. Insha Allah, bila berbunga nanti Jida akan upload gambar-gambarnya.
Ok. Itu je nak cerita.
Tq sebab sudi baca. Byeee...
Ok. Itu je nak cerita.
Tq sebab sudi baca. Byeee...
Labels:
Rain Lily
Sunday, 26 April 2015
Bunga Vine Cypress Senang tanam Guna Biji benih
Assalamualaikum w.b.t
Pertama kali dapat benih Vine Cypress, memang tak berapa yakin juga nak tanam. Benihnya yang halus dan saya sendiri pun tak pernah tanam pokok start dari biji benih. Maka, keyakinannya adalah 50-50. Tapi, atas semangat 'Belum cuba, belum tahu'. Maka saya pun tanamlah 5 biji benih yang saya beli dengan harga RM2 tu kat pasu.

Benih Vine Cypress
Gambar dari Google
Setelah tiga hari dah kelihatan bijinya bercambah menjadi pokok-pokok. Gembiranya bila pokok yang ditanam mula menunjukkan hasil. Rupanya macam gambar yang kat bawah ni. Pada masa ni, tak perlulah korang nak siram lebih-lebih pulak sebabnya pokoknya masih lembut dan senang mati sekiranya di siram air terlalu banyak. Cukuplah sekadar renjis-renjis manja camtu je. Janji jangan kering sangat.
Ihsan dari Google
Bila agak-agak dah besar sikit, bolehlah alihkannya ke pasu yang lebih besar untuk bagi pokok ini membiak. Rupanya ada macam bentuk bintang dan dia hidup menjalar. Rupanya senang sangat nak tanam pokok vine cypress. Cukup cahaya matahari, tanah yang subur. Sesekali letak lah baja sebagai nutrient untuk tanah. Berbunga lah dia. Bila kudup-kudup bunga tu kering, boleh pula ambik biji benih yang ada untuk disemai lagi.
Sekarang ada dua pasu. Tak tahu la lagi dua tiga bulan akan jadi berapa pasu pulak. Sesetengah orang tanam je kat tanah atau pagar . Nanti dia akan memanjat naik di pagar.
Ok lah, any comments or tips nak share, feel free to do so in the box below.
Selamat Berkebun U all..Bye..
Labels:
bunga vine cypress
Friday, 10 April 2015
Jualan Keratan Batang Ros Jepun
Assalamualaikum w.b.t
Di sebabkan bunga-bunga ros jepun saya dah merimbun biak dengan banyaknya. Maka saya dengan ini nak buka jualan keratan batang ros jepun untuk semua.
Di sebabkan bunga-bunga ros jepun saya dah merimbun biak dengan banyaknya. Maka saya dengan ini nak buka jualan keratan batang ros jepun untuk semua.
Nak tengok gambar ros-ros jepun saya yang lain, boleh lah wasap saya di 0136691930. Stok adalah terhad, jadi siapa cepat dia dapat ye.
Penghantaran adalah menggunakan Pos Laju ye. Biasa saya akan pos pada awal minggu seperti Isnin atau Selasa untuk mengelakkan bunga dari diperam lama di pejabat pos. Insha Allah, setakat ini belum ada apa-apa masalah lagi dengan penghantaran. Janji tuan rumahnya dapat receive barang masa abang posmen datang hantar.
Ada banyak jenis lagi ros jepun yang saya tanam, jadi kalau nak tau bunga apa yang ada , jemputlah wasap saya ye. Setakat entry ni ditulis saya dah tanam lebih dari 30 jenis ros jepun. Insyaallah akan bertambah lagi dari masa ke masa.
Labels:
bunga rose jepun,
jualan keratan batang
Friday, 6 March 2015
Bungaku Kembang Lagi
Assalamualaikum semua..
Happy saturday....
Menarik tak bunga ai...Heehee..saje aku nak kasi korang semua jeles...
Berbalik pada lovely flower yang kat atas tu. Itu adalah gambar yang sempat ditangkap semalam.Cun ke tidak? Cuba komen kat bawah.Nak tengok berapa ramai yang suka.Hehehe.
Labels:
bunga rose jepun
Wednesday, 18 February 2015
Kegembiraan setelah pokok ros jepun berbunga
Subhanaallah...Segala puji bagi Allah bila melihat pokok bunga ros jepun yang ditanam bulan lepas dah mula menampakkan bunga. Start je pukul 9..dah ada yang mula nak berkembang..Bila dah pukul 10 ke atas ...Masha Allah..memang cantik...Ada macam-macam kaler kuar. Kuning,oren,merah,putih dan ada juga yang campur..Memang berbunga sangat rasa hati ni...
Maaflah sebab gambar kurang jelas, nanti aku cuba masukkan gambar bunga ros jepun yang lebih cantik. Tapi itu next entry la pulak ye.
Adios semua. Byee..
Labels:
bunga rose jepun
Saturday, 31 January 2015
Hari-hari belai bunga
Assalamualaikum semua
Tak sabar saya nak tunggu semua bunga-bunga saya berbunga dengan meriah. Hari-hari belai bunga..Harap-harap semuanya sihat walafiat. Tapi, semalam hujan lebat. Hujan pulak kat tempat kerja. Kalau aku ada kat rumah bolehlah alih kat tempat teduh. Tak delah rosak batangnya. Tak pe lah. Hujan itu kan rahmat. Alhamdulilah.
Wahai Bunga,
Rajin-rajinlah berbunga ye.
Aku ni suka sangat tengok korang berbunga.
Berseri-seri gitu..
malah, sejuk mata memandang...
Wahai bunga,
Terima Kasih kerana berkembang untukku..
Ia ibarat kau senyum padaku...
Nanti aku balas balik kat kau ye..
Wahai bunga,
Inilah puisi khas buatmu..
Walaupun tuanmu ini tak pandai pun berpuisi..
Silakanlah korang layankan aje.
Hahahahak...
Selamat Petang semua. Lainkali aku nak buat pantun 12 kerat pulak ye..Nantikan..
Bye....

Friday, 23 January 2015
Impian Aku : Tanam bunga banyak-banyak
Tolong Tepi Sikit, Bunga-bunga saya nak lalu. Pin...pin...
Sabtu-Ahad minggu ni masa banyak dihabiskan dengan belek-belek bunga ros jepun je.Tak de keje lain. Heheh...nak wat camne..Tengah gila nak bercucuk tanam. Kadang-kadang kat tempat kerja pun boleh teringat dengan bunga-bunga kat rumah. Dah kena angau dengan bunga kot agaknya. Sebelum ni mana ada nak ambik tahu pasal bunga. Tiba-tiba jadi minah bunga pulak. Cik abang pun dah pelik semacam dengan bininya...Layankan je lah bang oii...ehehe...
Kalau ada yang dah lecuh, cepat-cepat ambik gunting, potong bahagian yang rosak takut merosakkan bahagian pokok yang masih elok.Sesekali letak jugak la baja kopi di dalam pasu.Tabur 7-8 biji je.Kata orang, pokok akan lebih lebat berbunga dan subur. Nak tengok kesannya kena la tunggu sebulan lagi. Yelah, baru 2 minggu semai. Takkan nak terus dapat yang berbunga-bunga rimbun dan cantik berkembang. Kenalah sabar sikit untuk dapatkan hasilnya ye tak? Selain itu, kalau teringat, air cucian beras tu aku simpan untuk disiram pada pokok. Ini pun tips yang aku dapat daripada salah satu group Facebook yang aku join. Banyak otai-otai bunga dalam tu. Macam-macam tips jugalah boleh belajar daripada mereka. Yelah, aku kan beginner, kenalah gali ilmu gardening ni daripada master-master bunga semalaysia. Sedikit-sedikit dapatlah aku kongsi-kongsi kat blog ni.Insya Allah.
Ada yang aku beli kat nurseri haritu pun dah berpindah ke dalam pasu. Pokok tu memang gemuk-gemuk batangnya, cuma belum lagi nak berbunga sangat. Tapi cantik warnanya, pink terang. Bila dah subur yang ni, aku ingat nak tambah koleksi lagi..Biar penuh sekeliling rumah ni. Hehe...Best kan? Lagi-lagi kalau dia subur dan asyik berbunga tak berhenti-henti. Imagine that! Wallah...
Sekarang baru kumpul ros jepun sikit-sikit. Nanti-nanti nak kumpul bunga lain lak.Nak yang berbunga dan wangi. Bagi harum semerbak satu rumah. Tak payah pewangi-pewangi dah. Mesti best. Banyak impian aku ni. Hehehe.. Tak salah kan berimpian, tak kena bayar pun. Larikkkk...
Notes untuk diri sendiri, jangan asyik sangat layan bunga. Anak-anak ngan laki nak makan nasi tuh. Byeee u all.
Sabtu-Ahad minggu ni masa banyak dihabiskan dengan belek-belek bunga ros jepun je.Tak de keje lain. Heheh...nak wat camne..Tengah gila nak bercucuk tanam. Kadang-kadang kat tempat kerja pun boleh teringat dengan bunga-bunga kat rumah. Dah kena angau dengan bunga kot agaknya. Sebelum ni mana ada nak ambik tahu pasal bunga. Tiba-tiba jadi minah bunga pulak. Cik abang pun dah pelik semacam dengan bininya...Layankan je lah bang oii...ehehe...
Putih suci...damai je tengok |
pinky gitu.. cantikkan? |
ni rupa pokok baru semai |
Ada yang aku beli kat nurseri haritu pun dah berpindah ke dalam pasu. Pokok tu memang gemuk-gemuk batangnya, cuma belum lagi nak berbunga sangat. Tapi cantik warnanya, pink terang. Bila dah subur yang ni, aku ingat nak tambah koleksi lagi..Biar penuh sekeliling rumah ni. Hehe...Best kan? Lagi-lagi kalau dia subur dan asyik berbunga tak berhenti-henti. Imagine that! Wallah...
Sekarang baru kumpul ros jepun sikit-sikit. Nanti-nanti nak kumpul bunga lain lak.Nak yang berbunga dan wangi. Bagi harum semerbak satu rumah. Tak payah pewangi-pewangi dah. Mesti best. Banyak impian aku ni. Hehehe.. Tak salah kan berimpian, tak kena bayar pun. Larikkkk...
Notes untuk diri sendiri, jangan asyik sangat layan bunga. Anak-anak ngan laki nak makan nasi tuh. Byeee u all.
Labels:
bunga rose jepun
Tuesday, 20 January 2015
Tanam bunga daripada biji benih
Bismillah..
Selamat petang semua pencinta bunga..
Minggu lepas aku ada beli biji benih dari seorang peniaga online.. Aku sediakan bekas kecil je untuk semai benih tu sebab aku fikir nanti pindahkan bila dia dah besar.
Aku beli 5 jenis bunga ..Antaranya
1- Hollyhock Single Mixed
2- Hollyhock Double Mixed
3- Cypress Vine Pink
4- Portulaca Hybrid Mixed
5- Thunbergia Alata Mixed
Yang nombor empat tu sebenarnya benih ros jepun ataupun lebih dikenali dengan nama pokok pukul sepuluh...Tapi belum semua pun lagi sempat aku tanam. Lagipun tanah yang aku beli dekat nurseri tak cukup. Terpaksa tanam dua jenis dulu.excited...
Selang 2 hari, salah satu daripada benih tu dah keluar daunnya.Memang happy sangat rasa, Sebab first time tanam guna benih la katakan...Excited la jugak nak tengok perkembangannya. Harap-harap hiduplah wahai bunga ku...Dapatlah menjadi penyeri di laman yang sekangkang kucing tu..Hehe... Nanti bila dah naik sikit lagi, aku akan up entri baru .Tunggukan ya! Excited..

Benih Bunga
Friday, 9 January 2015
First Entry untuk Blog bungaku
Bismillahirrahmannirrahim..
Syukur..aku dah ada blog untuk hobi tanam bunga ni..
Alhmdullilah.
Tunggukan posting seterusnya
Subscribe to:
Posts (Atom)